COVID-19: 235 kes baharu, 23 kematian

KUALA LUMPUR: sebanyak 235 kes positif jangkitan COVID-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kes 2,031 setakat jam 12 tengah hari tadi, hari ini.

Advertisement

Berdasarkan maklumat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan CPRC Kebangsaan, 60 daripada kes baharu yang dilaporkan itu terdiri dari kluster Ijtimak Tabligh di Sri Petaling, manakala selebihnya masih berada dalam siasatan.

Sementara itu, 45 kes kini dilaporkan berada dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 32 daripada kini memerlukan alat bantuan pernafasan.

Selain itu, jumlah kematian akibat wabak berjangkit COVID-19 di Malaysia juga mencatatkan peningkatan 4 kes dimana jumlah keseluruhan mangsa meninggal dunia akibat Covid-19 adalah 23 kes.

Kes ke 20, dan 21 masing-masing merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 76 tahun dan 63 tahun. Kedua-duanya merupakan peserta himpunan Tabligh.

Manakala kes 22 merupakan kontak rapat pesakit positif COVID-19, dan kes 23 mempunyai latar belakang penyakit kronik, bagaimanapun pesakit 23 masih didalam siasatan.

HARAKAHDAILY 26/3/2020