COVID-19: PM, Menteri dan Timbalan potong gaji 2 bulan

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Kabinet pada 25 Mac telah memutuskan gaji Perdana Menteri dan semua Menteri serta Timbalan Menteri untuk tempoh dua bulan dipotong dan disalurkan ke Tabung COVID-19.

Advertisement

“Langkah ini membuktikan kesungguhan kerajaan untuk membantu mereka yang menerima kesan akibat penularan wabak Covid-19, demikian menurut satu kenyataan Pejabat Perdana Menteri hari ini.

Tabung COVID-19 telah dilancarkan pada 11 Mac lepas sebagai usaha kerajaan
membantu rakyat yang terjejas ekoran wabak itu.

Sehingga semalam, jumlah sumbangan wang terkumpul termasuk geran kerajaan adalah sebanyak RM8,493,103.48.

Terdahulu, PM dalam ucapannya pada Isnin telah mengumumkan pelbagai inisiatif dan insentif bagi membantu rakyat terjejas COVID-19.

Antaranya penangguhan bayaran balik PTPTN, rebat bil eletrik, air dan komunikasi, bantuan RM130 juta kepada negeri-negeri, pengeluaran wang KSWP dan beberapa inisiatif lain. – HARAKAHDAILY 26/3/2020