Kabinet PN berjiwa besar, tidak mementingkan diri – DMPM

MERUJUK Kenyataan Media Perdana Menteri bertarikh 26 Mac 2020 yang menyatakan bahawa gaji penuh Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri dipotong selama dua bulan untuk disumbangkan ke dalam Tabung COVID-19.

Advertisement

Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) dengan ini mengucapkan terima kasih dan tahniah atas jiwa besar yang ditunjukkan jemaah Menteri di saat negara diuji seperti ini.

Kabinet Kerajaan Perikatan Nasional telah menunjukkan contoh yang baik dengan sikap tidak mementingkan diri dan mengutamakan rakyat dan negara.

Keprihatinan yang ditunjukkan oleh jemaah menteri menunjukkan pilihan perdana menteri kita tidak salah dalam memilih barisan kabinet baru.

DMPM mendoakan jamaah menteri dikurniakan rezeki yang berlipat ganda di atas sumbangan yang diberikan dan semoga Allah melimpahkan rahmat kepada barisan kabinet dan seluruh rakyat Malaysia. 

Marilah kita sama-sama menyumbang ke Tabung COVID-19. Moga dikira sebagai amal soleh di sisi Allah.

YB SENATOR HAJAH NURIDAH MOHD SALLEH

Ketua Dewan MuslimatPAS Malaysia HARAKAHDAILY 26/3/2020