KK Kemaman buka untuk saringan COVID-19

KEMAMAN: Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman tiada halangan kepada orang awam yang berhajat melakukan saringan COVID-19, demikian kata Pegawai Kesihatan Daerah Kemaman, Dr Mohd Anuar Abd Rahman.

Advertisement

Please, kita tiada masalah, this is no wrong door policy. Kami buat saringan kepada mereka yang rasakan ada risiko, boleh ‘walk in’ atau datang walaupun tidak meliputi atau memenuhi kriteria. Kita akan buat saringan.

“Kami terbuka kepada semua, cuma ‘overload patient’ atau kedatangan orang yang tidak berisiko ke klinik atau hospital perlu dielakkan sama sekali.

“Risiko untuk mereka yang sihat, berjangkit apabila datang ke klinik kesihatan adalah tinggi,” tegasnya di Mesyuarat Khas Jawatankuasa Bencana COVID-19 Daerah Kemaman di Pejabat Daerah Kemaman, di Cukai, di sini semalam.

Tambah beliau, tumpuan saringan sebenarnya tertumpu kepada empat kluster termasuk peserta Himpunan Tabligh yang lebih berisiko berbanding orang awam lain.

“Mereka yang kita kelaskan sebagai ‘carrier’ atau pembawa kepada COVID-19, dalam masa yang sama juga saringan kita laksanakan kepada mereka yang dikelaskan sebagai ‘closed contact’ atau yang ada hubungan rapat dengan kes positif.

“Kita akan saring dan mereka yang dikelaskan sebagai berisiko akan diambil sampel di empat klinik yang dibuka setiap hari iaitu Klinik Kesihatan (KK) Kertih, KK Batu 2 1/2, KK Cheneh dan Hospital Kemaman,” jelas Dr Mohd Anuar lagi. – HARAKAHDAILY 26/3/2020