MP Kemaman sampaikan mesin jahit

KEMAMAN: Prihatin dengan keselamatan petugas kesihatan dalam menangani penularan wabak Covid-19, Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Hamid tampil menyampaikan sumbangan mesin jahit untuk kegunaan menjahit pakaian Peralatan Perlindungan Diri (PPE).

Advertisement

Beliau difahamkan bahawa Hospital Kemaman antara salah satu hospital yang mengambil inisiatif tersendiri untuk menjahit pakaian berkenaan.

“Saya dimaklumkan bahawa Hospital Kemaman telah mengambil inisiatif tersendiri dengan menjahit pakaian PPE bagi berhadapan dengan orang ramai yang datang untuk membuat pemeriksaan saringan termasuk pesakit yang positif Covid-19.

Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Hamid (kanan) mendengar penerangan daripada seorang pegawai berhubung pakaian PPE.

“Bagaimanapun mesin jahit sedia ada tidak dapat berfungsi dengan baik sedangkan permintaan pakaian PPE sangat tinggi pada musim ini,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan sumbang mesin jahit di Hospital Kemaman hari ini.

Menurutnya, dalam satu hari pihak hospital dapat menyiapkan 100 pakaian PPE bermula dari penutup kepala, lengan, badan sehingga ke kaki.

Dalam masa yang sama, Alias turut menzahirkan ucapan penghargaan kepada semua petugas kesihatan yang bertungkus lumus berhadapan dengan wabak Covid-19.- HARAKAHDAILY 26/3/2020