Pesara tentera sedia dipanggil bertugas

Presiden Persatuan Veteran Angkatan Tentera Tidak Berpencen Malaysia (PVATTBM), Dato' Ismail Abidin (kiri) menyampaikan sumbangan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis, semalam

KANGAR: Persatuan Veteran Angkatan Tentera Tidak Berpencen Malaysia (PVATTBM) sedia menawarkan diri bertugas sebagai sukarelawan membantu kerajaan menangani wabak Covid-19.

Advertisement

Presidennya, Dato’ Ismail Abidin berkata memandangkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan sehingga 14 April, pihaknya sedar keletihan yang dirasai petugas barisan hadapan negara.

“Kami bersedia dipanggil menjalankan tugasan pada bila-bila sahaja yang diperlukan. Ahli kami seramai 350,000 orang yang bernanung di bawah persatuan ini.

“Jika pihak polis dan tentera memerlukan, kami akan menyusun pasukan untuk berkhidmat tanpa mengharapkan upah yang istimewa,” ujarnya ketika ditemui media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis semalam.

Sebelum itu Ismail menyerah sumbangan 1,000 botol air mineral kepada Ketua Polis Perlis Dato’ Surina Saad untuk petugas di sekatan jalan raya seluruh negeri terbabit.- HARAKAHDAILY 26/3/2020