Sumbang ‘face shield’ untuk ‘frontliners’ HPSF

MUAR: Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) Negeri Johor dan Khidmat Malaysia Cawangan Johor  telah memberi sumbangan pelindung muka (face sheild) buatan sendiri (DIY) buat petugas di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), di sini kelmarin dan semalam.

Advertisement

Inisiatif dengan kerjasama PAPISMA Muar ini sebagai alternatif dalam memenuhi keperluan peralatan tersebut, selain menjadi tanda  solidariti dan sokongan kepada ‘frontliners’ yang kini berjuang memerangi COVID-19.

Menurut Ketua Task Force COVID-19 PAPISMA Muar, Fatimah Amirah Zakaria, pasukan khas tersebut telah ditubuhkan untuk mengumpul dana bagi menyiapkan ‘face sheild’ yang direkabentuk oleh petugas mereka.

Turut disampaikan juga sebagai sumbangan adalah pemberian ‘power bank’ sama ada yang baru atau terpakai selain turut diagihkan ‘hand sanitizer’ untuk memudahkan urusan para ‘frontliners’.

Wakil Khidmat Malaysia, Roslan Abdul Rahman bersama wakil PAPISMA Muar telah menyerahkan sejumlah 579 keping DIY ‘face sheild’ itu yang diterima oleh wakil ‘frontliner’ saringan COVID-19 HPSF, Dr Nik Noraini Nik Abd Aziz.

Pengerusi PAPISMA Johor, Dr Suhaizal Jumaat memaklumkan, pihaknya bersama Khidmat Malaysia Johor akan meneruskan lagi misi bantuan tersebut bantuan lain seperti sumbangan barang keperluan kepada waris mangsa COVID-19. – HARAKAHDAILY 26/3/2020