Teladani pemimpin yang utama kepentingan rakyat

BADAN Perhubungan PAS Negeri Perak merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri dan barisan kepimpinan negara termasuk penjawat awam khususnya pihak berwajib bertungkus lumus bekerja untuk rakyat.

Penghargaan tersebut wajar diberikan kepada mereka di atas segala usaha memastikan keadaan negara berkeadaan baik dalam situasi genting penularan wabak COVID-19 ketika ini dengan menyalurkan pelbagai bantuan khas bagi meringankan beban semua pihak.

Malah kesediaan Perdana Menteri dan Menteri Kabinet memotong gaji dua bulan ketika ini khusus untuk membantu masyarakat menjadi contoh dan tauladan buat kita semua setelah pelbagai inisiatif diperkenalkan.

Advertisement

Ucapan terima kasih juga kepada YAB Menteri Besar Perak yang berjiwa besar menyalurkan peruntukan bantuan khas kepada semua 59 orang ADUN seluruh Negeri Perak tanpa mengira parti politik yang diwakili kerana ianya demi kepentingan rakyat keseluruhannya.

Buat mereka yang masih menjadikan isu pandemik ketika ini sebagai bahan jenaka atau penyebab kepada pertelagahan sesama kita, hentikanlah politik tidak matang dan marilah sama-sama membantu Malaysia melalui sumbangan idea proaktif, tenaga, wang Ringgit dan khidmat sokongan sosial untuk kesejahteraan semua.

Justeru, PAS Perak berharap kita dapat terus mendisiplinkan diri dengan mematuhi arahan kerajaan dan tidak menyebarkan berita palsu yang boleh merumitkan lagi keadaan sebaliknya jagalah kesihatan dan keselamatan masing-masing.

“Islam Memimpin Perpaduan”

Sekian, terima kasih.

YB HJ RAZMAN ZAKARIA
Pesuruhjaya PAS Perak
ADUN Gunong Semanggol – HARAKAHDAILY 26/3/2020