Elaun khas kepada ‘Frontliner’

KUALA LUMPUR: Elaun khas kepada kakitangan perubatan ditingkatkan daripada RM400 kepada RM600 sebagai menghargai jasa dan pengorbanan mereka yang terlibat secara langsung menangani wabak Covid-19.

Malah, elaun khas sebanyak RM200 akan dinikmati anggota keselamatan; tentera, polis, kastam, imigresen, anggota Angkatan Pertahanan Awam serta anggota RELA yang terlibat secara langsung dalam melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Advertisement

Pengumuman berkenaan dibuat oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin semasa membentangkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang disiarkan secara langsung di RTM sebentar tadi.

Elaun khas ini katanya akan turut dinikmati oleh kakitangan tambahan barisan hadapan yang dianggarkan seramai 169, 000 orang.

Terlebih dahulu, beliau mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM1 bilion kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untk pembelian peralatan dan perkhidmatan pakar untuk memerangi wabak Covid-19.

Bayaran elaun khas ini akan dibuat mulai April ini – HARAKAHDAILY 27/3/2020