Internet percuma sepanjang PKP – PM

KUALA LUMPUR: Kerajaan menawarkan pakej khas, iaitu internet percuma kepada semua pelanggan bermula 1 April sehingga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dan Keselamatan (PKP) tamat.

Inisiatif tersebut diumumkan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) hari ini.

Advertisement

Pakej tersebut merupakan kerjasama bersama syarikat-syarikat telekomunikasi dalam usaha menghadapi krisis serangan wabak jangkitan Covid-19 yang melanda negara ini.

Selain itu, katanya tambahan RM400 juta akan dilaburkan untuk meningkatkan liputan dan keupayaan rangkaian bagi mengekalkan ketersediaan dan kualiti rangkaian telekomunikasi yang tinggi dan mampan.