Sewa rumah PPR tangguh 6 bulan – PM

KUALA LUMPUR, 07/03/2019. A general view of the PPR Intan Baiduri. Pix by Malay Mail / Hari Anggara.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memahami keperitan yang ditanggung oleh rakyat Khususnya golongan B40 di kawasan bandar terutama mereka yang tinggal terutamanya mereka yang tinggal di Projek Perumahan Rakyat dan Perumahan Awam.

Sehubungan itu, Kerajaan bersetuju untuk memanjangkan pengecualian pembayaran sewa bagi PPR daripada sebulan yang diumumkan sebelum ini kepada enam bulan dengan jumlah kos sebanyakRM3 juta ditanggung oleh kerajaan.

Beliau berkata demikian semasa mengumumkan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Rangsangan Rakyat Prihatin hari ini.

Advertisement

Menurut beliau, pengecualian pembayaran sewa ini melibatkan 3,636 unit rumah PPR disewa atau transit di bawah pengurusan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Katanya, bagi unit sewa untuk milik pula, penangguhan pembayaran bulanan diberikan selama enam bulan bagi pembayaran balik pembiayaan bermula bulan April hingga September 2020.

“Penangguhan pembayaran ini melibatkan kos RM5.7 juta bagi 4,649 unit rumah,” katanya.

Manakala bagi Perumahan Awam pula, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan memberi pengecualian yang sama yang memanfaatkan lebih 40,000 penyewa.
“Saya menyeru kepada Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa tempatan lain supaya memberikan pengecualian yang sama bagi meringankan beban penghuni PPR di negeri masing-masing, katanya.

Kerajaan juga tambah beliau bersetuju memberikan pengecualian sewaan selama enam bulan untuk semua premis milik Kerajaan Persekutuan seperti kantin sekolah, taska, kafeteria, kedai serbaneka dan lain-lain.

Katanya, ini termasuk semua premis milik agensi dan badan berkanun Kerajaan Persekutuan. Saya juga menggesa agar Kerajaan Negeri, pihak berkuasa tempatan dan GLC memberikan pengecualian yang sama.- HARAKAHDAILY 27/3/2020