Agih sumbangan perlu kerjasama JKM – Marzuk

PENGKALAN CHEPA: Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang ingin membantu orang ramai ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekarang perlu menyelaras dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Advertisement

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Ustaz Ahmad Marzuk Shaary berkata, ia bagi menghadkan petugas sempena tempoh PKP sekarang.

Katanya, sebarang sumbangan daripada pelbagai pihak, NGO perlu pengikut prosedur yang ditetapkan kerajaan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

“Hasrat untuk membantu memang dipuji, tetapi mesti mengikut SOP yang telah ditetapkan kerajaan demi kebaikan semua,” ujarnya ketika ditemui selepas majlis penyampaian sumbangan barangan dapur kepada penduduk kampung di Parlimen Pengkalan Chepa semalam.

Sebanyak 4,000 kits barangan dapur yang bernilai RM180,000 akan diagih kepada seluruh kawasan parlimen itu. – HARAKAHDAILY 30/3/2020