Anggota Amal bantu bekalan darah hospital

ALOR SETAR: Anggota Jabatan Amal Kedah tampil menderma darah untuk membantu hospital di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang kekurangan bekalan.

Advertisement

Pengarahnya Saiful Syazwan Shafie berkata, anggota jabatan itu di enam kawasan memenuhi tanggungjawab sosial itu, manakala kawasan lain akan berbuat demikian tidak lama lagi.

“Ini merupakan khidmat kebajikan dari Jabatan Amal untuk membantu masyarakat apatah lagi dalam keadaan kecemasan sekarang.

“Walau bagaimanapun setiap anggota yang terlibat perlu mematuhi langkah keselamatan yang ditetapkan KKM dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan sekarang,” kata beliau selepas menderma darah di Pusat Derma Darah Alor Setar di sini hari ini.

Sebelum ini Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ir Khairil Nizam Khiruddin menyarankan pasukan Jabatan Amal menderma darah bagi membantu bekalan darah di hospital. – HARAKAHDAILY 30/3/2020