Covid-19: Catat 37 kematian setakat ini

KUALA LUMPUR: Sebanyak tiga kes kematian yang dicatatkan pada hari ini menjadikan keseluruhan kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 37 kes.

Selain itu, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan terdapat pertambahan sebanyak 156 kes baharu positif Covid-19 yang menjadikan jumlah kumulatif setakat ini sebanyak 2,626 kes.

Advertisement

• Kes kematian ke-35 iaitu kes ke-1,952 merupakan seorang perempuan tempatan berumur 57 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit kencing manis yang mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia. Beliau dirawat di Hospital Sungai Buloh dan disahkan meninggal dunia pada 29 Mac jam 4 petang

• Kes kematian ke-36 iaitu kes ke-1,941 seorang lelaki berumur 47 tahun telah dirawat di Hospital Sarawak pada 23 Mac dan beliau disahkan meninggal dunia pada 30 Mac jam 8.10 pagi tadi,

• Ke kematian ke-37 iaitu kes ke- 2,471 merupakan seorang perempuan tempatan berumur 46 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi. Beliau telah dirawat di Hospital Miri Sarawak dan disahkan meningal dunia pada 30 Mac jam 9.20 pagi tadi.

Dalam masa yang sama, Noor Hisham berkata sebanyak 94 kes dilaporkan sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), manakala 62 kes daripada jumlah itu memerlukan bantuan pernafasan.- HARAKAHDAILY 30/3/2020