Usah sorok barang – Timbalan Menteri

KOTA BHARU: Orang ramai diingatkan tidak menyorok barangan keperluan terutamanya barang dapur bagi memastikan stok bekalan makanan mencukupi.

Advertisement

Timbalan Menteri II Pertanian dan Industri Makanan Dato’ Che Abdullah Mat Nawi berkata, di saat negara sedang dilanda wabak Covid-19, rakyat sepatutnya lebih bertanggungjawab.

Katanya, amat menyedihkan sekiranya ada pihak mengambil kesempatan dalam situasi sekarang.

“Dalam keadaan seperti ini kita minta rakyat terutamanya peniaga supaya tidak mengambil kesempatan menyorok barang atau menaikkan harga barangan yang dijual.

“Sama-samalah kita bertanggungjawab kerana ia (wabak Covid-19) bukan berlaku di Malaysia sahaja tapi seluruh dunia,” ujarnya pada sidang media di pejabat Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), di sini semalam.

Che Abdullah juga memberi jaminan bekalan makanan untuk rakyat di negara ini mencukupi.

HARAKAHDAILY 30/3/2020