6 lokasi risiko Covid-19 dinyahcemar

PENGKALAN CHEPA: Enam lokasi berisiko penularan wabak Covid-19 di kawasan zon merah di Kelantan dinyahcemar bermula semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan Md Salleh Sarbini berkata, antara lokasi terbabit adalah kawasan perumahan, pasar basah di samping kawasan yang berisiko tinggi terkena jangkitan Covid-19.

Menurutnya, selain premis kawasan laluan awam dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) juga akan dinyahcemar mengikut saranan yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Advertisement

“Mengikut data yang dikeluarkan KKM, kawasan Pasar Tok Guru antara kawasan melibatkan jangkitan Covid-19,” katanya kepada media selepas melancarkan program sanitasi awam Covid-19 di sini semalam.

Program berkenaan diadakan di Pasar Tok Guru, Cabang Tiga Pengkalan Chepa.

Seramai 110 anggota dari beberapa agensi termasuk Hazmat Bomba dan Penyelamat, polis, Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) dan KKM menyertai operasi tersebut.- HARAKAHDAILY 31/3/2020