KHIDMAT Malaysia-PAPISMA hasilkan PPE buat ‘frontliner’

MELAKA: Pengurusan Kecemasan Bencana Malaysia (KHIDMAT Malaysia) Melaka dan Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) Melaka menghasilkan PPE termasuk set pelindung muka khusus untuk diagihkan kepada petugas barisan hadapan (Frontliner) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Melaka bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

Advertisement

Ia sebagai usaha dan keprihatinan terhadap keselamatan petugas kesihatan dan memahami keperluan bekalan peralatan alat pelindung diri (PPE) yang meningkat secara mendadak di seluruh dunia termasuk Malaysia,.

Pengerusinya, Muhamat Puhat Bedol beekata, KHIDMAT Malaysia (Melaka) menyasarkan sekurang-kurangnya 800 set PPE dan 800 set pelindung muka dihasilkan dalam tempoh terdekat.

Semua peralatan ini akan diserahkan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Melaka untuk diagihkan kepada hospital, klinik kesihatan dan pusat kuarantin di seluruh Melaka pada Jumaat 3 April yang akan datang.

Jelas Puhat lagi, turut akan disumbangkan ialah barang keperluan hospital iaitu 100 botol ‘hand sanitizer’, 250 pasang telekung, clorox/clorox wipes dan tudung lapisan pertama perlindungan ( Apron ) pakai buang untuk memudahkan urusan para ‘frontliners’.

‘’Gerak kerja untuk membuat sendiri (DIY) set PPE (Isolation gown, boot cover, tudung disposable) dan set pelindung muka berkenaan bermula pada hari Jumaat lalu dan dijangka akan serahkan untuk diedarkan pada minggu ini dengan penglibatan lebih 30 orang sukarelawan termasuk ahli PAPISMA.

Sebanyak 4000 meter kain jenis SMS Non-Woven berkualiti tinggi telah digunting dan dijahit oleh sukarelawan yang direkabentuk oleh mereka.’’ ujarnya.

Usaha ini, jelas Puhat, dilaksanakan hasil derma masyarakat, usahawan dan pertubuhan seperti Pelitawanis TNB, ZIla & Sponge, tukang jahit persendirian yang berpadu tenaga dan prihatin akan keperluan para ‘frontliners’ ke dalam tabung Covid 19 di bawah Khidmat Malaysia sebagai saluran mereka untuk melakukan kerja kebajikan.

Demi menjaga keselamatan dan mematuhi arahan PKP semua gerak kerja ini dilakukan secara individu dirumah masing-masing sukarelawan.

Menerangkan fungsi KHIDMAT Malaysia ini, Puhat menjelaskan bahawa badan ini dipertanggungjawabkan secara khusus untuk memainkan peranan secara profesional dalam menangani apa saja bentuk bencana yang berlaku dalam negara.

Menurut Puhat, di bawah panji Khidmat Malaysia (Melaka), pelbagai NGO seperti Jabatan Amal Malaysia, Briged Muslimat, Ameerah, Jabatan MusMedik (Muslimat Medical Team), Nusaibah, serta beberapa NGO lain akan bergerak di bawah satu penyelarasan secara pengarahan berpusat dan bersistematik.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua sukarelawan yang bertungkus lumus menjalankan program kebajikan ini.

Puhat juga berharap semoga kerja-kerja ini diterima sebagai satu amal kebajikan yang dapat memberikan manfaat. – HARAKAHDAILY 31/3/2020