Sumbangan Menteri kepada petugas lapangan terbang

KUALA NERUS: Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali telah menyerahkan bantuan kelengkapan perlindungan kesihatan kepada kakitangan Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu pagi tadi.

Advertisement

Barangan disampaikan melalui wakilnya, Sofyudin Yusof kepada Pengurus Malaysia Airport Sdn Bhd Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Che Sulaiman Che Pa.

Antara barangan yang disumbangkan ialah cecair pembasmi kuman tangan, sarung tangan getah dan penutup muka.

Sumbangan tersebut akan dimanfaatkan untuk 250 yang terdiri daripada kakitangan MASB LTSM, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Imigresen, pengusaha teksi, pengusaha kiosk dan pekerja kebersihan.

Dr Mohd Khairudin yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus berharap agar sumbangan berkenaan dapat membantu pihak pengurusan MASB LTSM dalam menangani penularan wabak Covid 19.

Katanya ini kerana LTSM merupakan pintu utama kemasukan pelancong dalam dan luar negara. – HARAKAHDAILY 31/3/2020