Pesakit Covid-19 didedah kaunseling agama

PENGKALAN CHEPA: Pesakit Covid-19 yang dikuarantin perlu diberi penekanan kaunseling berbentuk keagamaan.

Advertisement

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ustaz Ahmad Marzuk Shaary berkata, ia amat penting bagi mengurangkan rasa bosan pesakit.

Katanya, perkara itu perlu mendapat kerjasama Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Agama setiap negeri.

“Mereka berada dalam keadaan terhalang serta tidak bebas, maka amat wajar program keagamaan dilaksanakan.

“Sediakan kepada mereka motivasi dalam bentuk keagamaan, nasihat kepada mereka harap bersabar kerana segala ujian datang dari Allah.

“Saya cadangkan kepada pengurusan pusat kuarantin supaya operasinya diurus ATM dan JKM manakala klinikal dikendalikan KKM,” ujarnya ketika ditemui di sini semalam. – HARAKAHDAILY 31/3/2020