Elak borong beras di kedai biasa

KOTA BHARU: Mana-mana pihak atau NGO yang ingin membeli beras secara pukal bagi membantu rakyat perlu mendapat bekalan daripada pemborong.

Timbalan Menteri Besar Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, langkah tersebut begitu penting bagi memastikan bekalan beras di pasaran mencukupi untuk keperluan orang ramai.

Advertisement

Kata beliau sekiranya ada NGO atau wakil rakyat yang mahu membeli beras dalam kuantiti yang banyak untuk tujuan sumbangan, mereka perlu mendapatkan daripada pembekal.

“Pembelian secara pukal di kedai biasa menyebabkan berlaku kekurangan bekalan beras dalam pasaran. Sebab itu kita tidak galak mereka beli secara banyak kecuali dengan pemborong,” ujarnya kepada media selepas Mesyuarat Khas Exco di JKR 10 di sini semalam.

Dua hari lepas tular di media sosial bekalan beras yang dikatakan terputus di Kelantan.- HARAKAHDAILY 2/4/2020