Lahirkan lebih ramai bukan-Melayu berjiwa patriotik

'New Deal'

SEMALAM saya berkesempatan bercakap daripada hati ke hati dengan Presiden sebuah parti politik Melayu ketika musim COVID-19 ini, mengenai masa depan Malaysia. Apa bentuk ‘New Deal’ yang boleh ditawarkan kepada rakyat Malaysia, pasca COVID-19 di bawah pimpinan PN, diterajui oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY).

Advertisement

New Deal istilah yang diperkenalkan oleh bekas Presiden Amerika Syarikat, Franklin D. Roosevelt, selepas negara tersebut landa krisis ekonomi. Saya jawab ringkas saja, kembali kepada sejarah dan Perlembagaan. InsyaAllah, kita akan mempunyai masa depan yang cerah. Jika tidak, seperti ada pada hari ini, saya begitu pesimistik.

Meskipun kita berjaya keluar daripada wabak dan kemelut COVID-19, kesan dan akibatnya. Kita akan back to square one. Balik asal. Kenapa sukar sangat melahirkan rakyat Malaysia berjiwa patriotik seperti mendiang Khoo Kay Kim dan Teoh Kok Siong? Kenapa dua ini sahaja yang disebut. Tidak ada orang lain lagi kah? Lebih malang lagi, wujudnya rakyat sebegini akan dikutuk dan dihina seumur hidup oleh Ultra Kiasu, hanya kerana mereka berkata benar, berpaksikan sejarah dan Perlembagaan.

Buktinya, sehingga ke penghujung nyawa, ketika mendiang Khoo Kay Kim, Sejarawan Negara, meninggalkan kita, Ultra Kiasu terus menerus mengutuk dan menghina. Boleh rujuk media sosial. Saya tidak boleh bayang jika selepas ini Teoh dan saya pun turut pergi menyahut panggilan Ilahi. Tidak boleh bayangkan hinaan, kutuk dan cercaan Ultra Kiasu.

Kenapa yang lahir majoritinya adalah Ultra Kiasu yang meruntuhkan pembinaan negara tercinta ini? Jawapan saya kepada Presiden, parti politik Melayu tersebut, rungkaikan segera ejen-ejen sosialisasi politik iaitu sejarah, keluarga, pendidikan, media, NGO dan parti politik. Inilah ejen-ejen sosialisasi politik yang telah meruntuhkan negara ini, yang tidak pernah kita ambil kisah.

Pembentukan ejen-ejen terlalu bersifat perkauman, atau lebih tepat lagi terlalu ke-Cinaan. Kenapa saya tonjolkan bangsa Cina. Kerana mereka bangsa terbesar dalam kalangan bukan-Melayu (Islam), diikuti India dan lain-lain. Kuasa tawar-menawar Ultra Kiasu ini terlalu tinggi, sehingga terpaksa kita menggadaikan prinsip dan hak, kerana terlalu kemarukkan undi.

Saya tidak pernah bimbang dengan Bumiputera Sabah dan Sarawak, kerana mereka begitu patriotik dan berjiwa merdeka. Pergi sahaja ke sana, semua fasih berbahasa Melayu, meskipun mereka ada hampir 100 suku bangsa. Bahasa menyatukan kita semua.

Bangsa majoriti lain bagaimana? Ada 50 fakta yang kami sembangkan yang dicatatkan oleh Presiden tersebut. Saya perturunkan 5 sahaja yang paling penting. Sudah sampai masanya untuk kita melihat dan menilai kembali ejen-ejen sosialisasi ini.

Pertama, sejarah perlu berpaksikan kepada Tanah Melayu dan Bangsa Melayu serta Bumiputera. Bangsa-bangsa lain, termasuk sejarah sendiri saya adalah pendatang, kerana setiap bangsa ada sejarah asal-usul bangsa dan sejarah asal-usul tanah tumpah darahnya sendiri. Setelah menjadi rakyat Malaysia, bangsa ini bukan pendatang lagi.

Sejarah ini perlu diperturunkan daripada generasi ke generasi. Sekiranya ada yang berkata tanah ini asal-usulnya tanah Hindu, tanah India, tanah China dan sebagainya, mereka perlu dihumban ke dalam penjara. Buktinya, sebut sahaja nama bangsa, setiap bangsa ada nama negara asal-usul berasaskan nama bangsa, seperti China, India dan lain-lain. Nak buang mana semua identiti bangsa membentuk negara ini?

Kedua, keluarga Ultra Kiasu. Ibu bapalah yang sepatut dipersalahkan kerana mereka perturunkan fakta sejarah yang salah daripada satu generasi kepada generasi seterusnya. Akibatnya, generasi baharu mendapat fakta yang salah. Mereka menjadi Ultra Kiasu.

Ketiga, pendidikan. Bertambah buruk, apabila sejak kecil kita tidak dapat disatukan. Setiap kaum mempunyai sekolah masing-masing dan diperjuangkan bermati-matian. Perkauman semakin menebal. Sejarah tidak difahami. Perlembagaan tidak dihayati

Keempat, media massa. Setiap kaum ada media masing-masing mengikut bahasa sesuatu bangsa atau kaum. Mereka tidak pernah menonton media Bahasa Melayu, selaku bahasa negara. Kehidupan seharian, membaca, mendengar dan menonton, media (sosial) Cina, Cina, Cina… India, India, India.

Kelima, NGO. Setiap bangsa ada NGO masing-masing. NGO-NGO ini begitu tegar memperjuangkan bangsa masing-masing. Jika NGO seperti Hua Zong, Dong Zong, Jiao Zong dan lain-lain, sudah berjaya mengharu-birukan negara, kita mahu apa kepada NGO-NGO lain. Setiap hari bercakap soal bahasa dan hak bangsa masing-masing.

Keenam, parti-parti politik. Parti-parti politik pun sama seperti NGO mereka. Setiap parti-parti politik memperjuangkan hak bangsa masing-masing secara tegar. Lihat sahaja parti-parti politik Ultra Kiasu, betapa agresifnya mereka. Mempertikaikan perkara-perkara besar yang telah selesai, seperti kedudukan Islam, Bahasa Melayu, Raja-raja Melayu, hak Melayu dan Bumiputera.

Kesimpulannya, new deal kita untuk masa depan Malaysia pasca COVID-19. Kembali kepada kehidupan bernegara berpaksikan sejarah dan Perlembagaan. Ia mesti menunjangi segala bidang yang ingin dipulihkan iaitu ekonomi, politik, sosial dan Pendidikan.

Raikan dan berikan insentif kepada mereka yang benar-benar berjiwa patriotik dan benar-benar sayangkan negara ini. Semua ejen sosialisasi politik yang bersifat perkauman mestilah segera diubah, dengan berpaksikan sejarah dan Perlembagaan. Jika berdegil, sumbat ke penjara. Terus Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kita sudah tidak banyak masa.

Mari bersama kita bina negara berpaksikan sejarah dan Perlembagaan. Itulah New Deal kita pasca COVID-19 dalam memperkukuhkan ekonomi, politik, sosial dan Pendidikan.

PROF DR MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH – HARAKAHDAILY 2/4/2020

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.