MPKK adalah ‘frontliners’ masyarakat

MPKK

DALAM menghadapi wabak COVID-19 yang menular ketika ini, barisan hadapan atau ‘front line’ memainkan peranan besar dalam membantu rakyat di pelbagai peringkat. Usaha mereka saat ini wajar dihargai dan segala bentuk kerjasama perlu diberikan kepada mereka.

Terdapat pelbagai peringkat yang dikategorikan sebagai barisan hadapan tetapi untuk sesebuah komuniti, masyarakat, penempatan atau kampung-kampung, MPKK adalah barisan hadapan yang paling utama dalam usaha menghulurkan bantuan saat ini kepada rakyat.

Advertisement

Mungkin kategori MPKK sebagai barisan hadapan ini berbeza dengan PDRM, ATM, petugas kesihatan mahupun kakitangan Kementerian Kesihatan seperti doktor dan jururawat namun usaha mereka untuk menyalurkan bantuan, mengenalpasti golongan yang memerlukan serta menyampaikan maklumat kepada komuniti setempat mahupun Kerajaan wajar dihargai.

Oleh itu, sama-samalah kita membantu MPKK dalam usaha untuk menyalurkan bantuan kepada komuniti setempat terutamanya kepada golongan yang memerlukan. Hargailah mereka kerana segala usaha dan kepayahan yang mereka lalui hanyalah untuk kepentingan dan kesejahteraan rakyat.

USTAZ MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI – HARAKAHDAILY 2/4/2020