BPN fasa pertama dibayar mulai 6 April

BPN

SAYA merujuk kepada Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat bernilai RM250 bilion yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 27 Mac 2020 dan Siaran Media Kementerian Kewangan mengenai Bantuan Prihatin Nasional (BPN) bertarikh 29 Mac 2020. Dalam pengumuman awal, BPN dirancang untuk dibayar pada penghujung bulan April 2020. Jumlah keseluruhan BPN sebanyak RM9.24 bilion akan dibayar dalam dua fasa.

Sukacita saya memaklumkan, bagi fasa pertama BPN pakej PRIHATIN1, 8.3 juta penerima isi rumah dan individu bujang sudah diluluskan. Pembayaran fasa pertama ini yang berjumlah RM5.63 bilion akan dibuat secara berperingkat mulai 6 April 2020 (Isnin).

Advertisement

Pecahan penerima adalah seperti berikut:

Saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua pihak terlibat, terutamanya Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dan Bank Simpanan Nasional (BSN) dalam membolehkan bayaran BPN ini dipercepatkan demi membantu rakyat Malaysia yang memerlukannya.

Saya juga ingin menasihati rakyat agar berhati-hati dengan scammers yang semakin berani mengambil peluang menipu orang awam yang memerlukan bantuan Pakej PRIHATIN ini. Penerima disarankan merujuk kepada sumber-sumber rasmi dan tidak memberikan maklumat kepada mana-mana pihak yang tidak dikenali.

YB TENGKU DATO’ SRI ZAFRUL TENGKU ABDUL AZIZ
Menteri Kewangan
Putrajaya
4 April 2020

Lampiran

BPN akan diberikan kepada mereka yang layak mengikut jadual berikut:

Tempoh permohonan baharu dan rayuan BPN dibuka dari 1 – 30 April 2020.

Bagi memastikan BPN sampai kepada mereka yang benar-benar layak, proses semakan atas permohonan baharu dan rayuan akan dibuat dan bagi mereka yang diluluskan bayaran akan dibuat pada bulan Mei 2020.

Bagi penerima BPN yang tidak mempunyai akaun bank, pembayaran akan dibuat secara tunai selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan.

Penerima BPN di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak yang mempunyai akaun bank akan turut menerima pembayaran ini pada tempoh yang sama seperti di Semenanjung Malaysia. Bagi penerima pedalaman yang tiada akaun bank, BPN akan dibayar sekali gus dengan bayaran BSH 2020 fasa ketiga.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak Kementerian Kewangan atau LHDNM melalui nombor-nombor telefon atau pautan berikut:

HARAKAHDAILY 4/4/2020