Separuh kes positif Covid-19 di Kelantan sembuh

KOTA BHARU: Kira-kira separuh daripada jumlah kes positif Covid-19 di Kelantan sehingga 4 April lepas didapati sembuh.

Anggota Exco kerajaan negeri Dr Izani Husin berkata, jumlah kes positif keseluruhan sebanyak 141 dan 70 kes daripadanya sembuh serta 3 kematian sepanjang tempoh itu.

Advertisement

“Alhamdulillah sebanyak 70 kes sembuh dicatatkan di negeri kita sehingga Sabtu lepas,” katanya di sini.

Situasi Covid-19 di Kelantan sehingga 4 April lepas iaitu Kota Bharu sebanyak 82 kes positif dan 37 kes daripadanya sembuh.

Tumpat – 12 kes positif (3 sembuh), Bachok – 11 kes positif (6 sembuh),
Kuala Krai – 11 positif (9 sembuh), Pasir Mas – 10 positif (7 sembuh),
Pasir Puteh – 8 positif (4 sembuh).

Selain itu Tanah Merah – 4 positif (2 sembuh), Gua Musang – 2 positif (1 sembuh), Jeli – 1 positif (1 sembuh), manakala Machang belum ada kes.

Dr Izani juga berkata, berdasarkan data Jabatan Kesihatan punca kes daripada kluster kontak rapat kes sah Covid-19 sebanyak 79 kes, 54 kes perhimpunan di Masjid Sri Petaling, 7 kes daripada PUI manakala 1 kes dari survelan Covid-19.

Menurutnya juga satu kes kematian masing-masing dicatat di Kota Bharu, Pasir Mas dan Pasir Puteh.

“Terima kasih kepada para petugas kesihatan dan semua petugas barisan hadapan yang berkhidmat tanpa kenal penat lelah,” katanya.- HARAKAHDAILY 6/4/2020