Tarik balik kelulusan operasi kilang arak semasa PKP

PAS menggesa pihak kerajaan mempertimbangkan semula kelulusan beroperasi bagi kilang arak dalam tempoh kritikal Perintah Kawalan Pergerakan ini.

Advertisement

Ia merujuk kepada surat yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berkaitan kelulusan operasi kepada sebuah pengilang arak yang tular di media sosial.

PAS berpandangan pengeluaran minuman keras bukanlah satu keutamaan bahkan tidak termasuk kategori ‘essential services’.

PAS konsisten dengan prinsip bahawa arak menimbulkan lebih banyak keburukan daripada kebaikan.

PAS menghormati hak bukan Islam untuk minum minuman keras sepertimana dasar yang dilaksanakan di Kelantan dan Terengganu, tetapi ia bukanlah keperluan semasa dalam menghadapi situasi kritikal wabak Covid 19.

PAS melalui wakil dalam kabinet akan menyuarakan perkara ini supaya dikaji semula seterusnya menarik keputusan yang telah dibuat.

‘Islam Memimpin Perpaduan’

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) – HARAKAHDAILY 6/4/2020