PKP: PAS Kuala Kangsar bantu warga Sayong

KUALA KANGSAR: PAS Kawasan Kuala Kangsar menerusi PAS Cawangan Sayong berusaha memastikan penduduk yang terjejas semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mendapat perhatian kebajikan sewajarnya.

Advertisement

Sehubungan itu, serahan sumbangan barangan keperluan dari rumah ke rumah telah dilaksanakan dengan kebenaran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta diiringi anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

Tumpuan agihan tersebut telah diadakan kepada penduduk memerlukan termasuk guru dan pembantu PASTI di Kampung Sayong, Kampung Pauh dan juga Taman Kelisa, di sini semalam.

“Semoga program ini dapat membantu dan memberi manfaat kepada keluarga yang menghadapi kesukaran dan turut terkesan sepanjang tempoh PKP ini.

“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada penyumbang dan insyaAllah sekiranya perlu untuk kita teruskan bantuan ini, kita akan maklumkan pada masa akan datang,” ujar Timbalan Ketua PAS Kampung Sayong, Makmun Zulkefli.

Beliau yang juga merupakan Ketua Penerangan PAS Kuala Kangsar, berharap agar PAS terus memainkan peranan merasai denyut nadi masyarakat biarpun telah menjadi kerajaan.

Turut hadir bersama dalam program agihan tersebut ialah Timbalan Ketua Pemuda PAS Kuala Kangsar, Khomaini Zulkefli dan beberapa Ahli Jawatankuasa PAS Sayong. – HARAKAHDAILY 7/4/2020