Berlakon perjuang penjawat awam, walhal memusuhi

YANG menuduh penjawat awam sebagai membebankan Kerajaan adalah pemimpin Pakatan Harapan, khususnya Tony Pua, Ahli Parlimen Damansara dari DAP (25 Oktober 2016).

Yang menegaskan mengenai betapa Kerajaan tidak perlu takut untuk memecat penjawat awam adalah pemimpin Pakatan Harapan (PH), khususnya Kerk Chee Yee, EXCO Kerajaan Melaka dari DAP (18 September 2018).

Yang menegaskan mengenai keperluan untuk terus melakukan proses pembersihan kepada penjawat awam di Kementerian-kementerian ialah pemimpin PH, khususnya Dr Ong Kian Ming, Ahli Parlimen Bangi dari DAP (17 April 2019).

Yang mendesak Kerajaan supaya mengurangkan bilangan penjawat awam di dalam negara adalah pemimpin PH, khususnya Wong Ling Biu, Ahli Parlimen Sarikei dari DAP (19 November 2019).

Advertisement

Yang menuduh penjawat awam menjadi ‘deep state’ dan mensabotaj Kerajaan adalah pemimpin PH, khususnya Lim Kit Siang, Dr P Ramasamy, Charles Santiago, Ronnie Liu, Khalid Samad, Aiman Athirah dan Sivarasa Rasiah dari DAP, PAN dan PKR (sepanjang 2019, khususnya November).

Yang memindah dan menyejuk bekukan (‘cold storage’) penjawat-penjawat awam utama Kerajaan, termasuk Ketua-ketua Setiausaha Kementerian, ialah Kerajaan PH (2018 dan 2019).

Yang mempersoalkan pemberian bantuan tunai RM500 kepada lebih 1.5 juta penjawat awam adalah pemimpin PH, khususnya Datuk Ngeh Koo Ham, Ahli Parlimen Beruas dari DAP (28 Mac 2020).

Alih-alih yang mendesak Kerajaan Perikatan Nasional supaya memperkasakan perkhidmatan awam dengan memberi penghormatan yang sewajarnya kepada penjawat awam ialah Majlis Setiausaha PH (7 April 2020).

Tahniahlah kepada PH atas lakonan yang paling melucukan ini.

DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF – HARAKAHDAILY 8/4/2020

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.