COVID-19: 166 sembuh, 156 kes baharu

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat 166 kes sembuh hari ini menjadikan jumlah kumulatif sembuh daripada wabak COVID-19 ini 1487 kes setakat ini.

Advertisement

Sementara 156 kes positif COVID-19 dicatatkan hari ini menjadikan kes keseluruhan 4119 kes, kata Ketua Pengarah KKM, Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah semasa sidang medianya di sini sebentar tadi.

Pengumuman harian KKM itu disiarkan secara langsung oleh RTM sejak hari pertama arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.

Dr Noor Hisham juga memaklumkan jumlah keseluruhan kes di ICU adalah 76 kes.

Sementara katanya 2 kematian pula dicatatkan hari ini menjadikan umlah keseluruhan kematian 65 kes. – HARAKAHDAILY 8/4/2020