Kerajaan akan pastikan tiada rakyat yang tercicir

KUALA LUMPUR: Demi memastikan seruan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam memastikan tiada rakyat yang tercicir sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tiga kementerian mengadakan satu mesyuarat khas bagi membincangkan pelaksanaannya.

Advertisement

Mesyuarat tiga kemen kementerian membabitkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Melalui kenyataan media Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dato’ Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, menyurat ini diadakan untuk menyelaraskan peranan bagi setiap kementerian agar ia dapat mengurangkan pertindihan perkhidmatan selain meluaskan capaian perkhidmatan di seluruh Malaysia.

Menurutnya, ketiga-tiga kementerian ini mempunyai niché area masing-masing dalam bidang kaunseling, bimbingan kerohanian dan nasihat perundangan berkaitan rumahtangga.

Hasilnya, mesyuarat bersetuju untuk meneliti bidang kerjasama bagi memperkasakan perkhidmatan dalam talian mengikut niché area masing-masing untuk manfaat rakyat Malaysia sepanjang PKP.

“Satu pelan strategik yang holistik dan efisien antara kementerian akan dibentuk selepas perbincangan khusus melibatkan ketiga-ketiga kementerian ini termasuk Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kementerian Belia dan Sukan pada hari Khamis, 9 April 2020,” ujarnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau turut berharap supaya sepanjang tempoh PKP ini, ia menjadi waktu yang amat berharga bagi mereka yang berkeluarga kerana beliau berpendapat bahawa rumah adalah syurga dan keluarga adalah segala-galanya. – HARAKAHDAILY 8/4/2020