Peringatan daripada Sekretariat Infaq Istiqamah

DENGAN segala hormatnya dimaklumkan Sekretariat Infaq Istiqamah, Jabatan Bendahari PAS Pusat sedang mengemaskini borang-borang Infaq Istiqamah yang telah diterima.

Advertisement

Sekretariat tersebut akan menghubungi para penyumbang melalui telefon atau WhatsApp.

Walau bagaimanapun Sekretariat hanya akan menggunakan nombor telefon 011 500 500 91.

Sebarang nombor telefon selain dari itu adalah bukan dari Sekretariat dan sila abaikan jika pemanggil mendakwa daripada Sekretariat.

Terima kasih.

DATO’ ISKANDAR ABDUL SAMAD
Bendahari PAS Pusat
HARAKAHDAILY 8/4/2020