Serahan sumbangan inisiatif Menteri KPPK diteruskan

GUA MUSANG: NGO Pertubuhan Generasi Warisan Kebangsaan (GENERASI) telah meneruskan serahan sumbangan inisiatif Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) Dato’ Dr Khairudin Aman Razali kepada warga Felda di Parlimen Gua Musang dalam meringankan beban mereka berdepan wabak COVID-19.

Advertisement

Menurut Presidennya, Naraza Muda, sumbangan itu diserankan bermula pada Isnin di Felda Chiku 1, 2 ,3 dan Felda Aring.

Sementara tambahnya, serahan di Felda Chiku 3 hingga Felda Chiku 7 dibuat pada Selasa

Penyerahan pada Selasa juga melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Paloh, Pegawai Penyelia Dun Paloh Pengurusan Felda dan juga Ketua Peneroka.

“Terima kasih semua kerana kerjasama semua memudahkan urusan GENERASI menyelesaikan urusan ini,” ujarnya lagi. – HARAKAHDAILY 8/4/2020