Tabung Covid-19: RM22.66 juta diterima setakat ini

KUALA LUMPUR: Kerajaan telah menerima sebanyak RM22.66 juta sumbangan wanga tunai melalui Tabung Covid-19 setakat 7 April (semalam).

Menteri Kanan (Keselamatan) Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sumbangan tersebut telah disumbangkan oleh rakyat Malaysia dan sektor korporat.

Menurutnya, daripada jumlah tersebut peruntukan fasa pertama sebanyak RM5.68 juta telah diberikan kepada Yayasa Kebajikan Negara (YKN) untuk pembelian baran keperluan harian kepada mereka terjejas terutama di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Advertisement

“Manakala, bagi fasa kedua sebanyak RM9.06 juta peruntukan akan disalurkan ke Kementerian Wanita dan Keluarga dan YKN untuk meningkatkan kemampuan pengagihan bantuan ini,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri Mengenai PKP, di Putrajaya, hari ini.

selain tabung rasmi yang diwujudkan oleh kerajaan tabung covid ramia rakyat malaysia ayng prihatin kepada mereka yang memrlukan bantuan termasuk memberi sumbagan berupa topeng muka dan sebagainya.

Berhubung banyak tabung Covid-19 yang diwujudkan oleh pelbagai pihak, katanya kerajaan mencadangkan setiap tabung yang diwujudkan perlu didaftarkan dengan Kementerian Kewangan.

Jelasnya, ia bagi memastikan mereka yang memberi sumbangan mendapat manfaat pengecualian cukai seperti yang dijanjikan kerajaan.

Tambah Ismail, langkah tersebut adalah sebagai insentif penghargaan yang diberikan kepada penyumbang yang tampil menghulurkan bantuan

“Jadi kita harap mereka laporkan kepada Kementerian Kewangan supaya pengecualian cukai dapat mereka nikmat dari segi faedah tersebut,” ujarnya.- HARAKAHDAILY 8/4/2020