‘Warga Mukim Parit Tidak Akan Menangis’ – NGO

KOTA BHARU: ‘Warga Mukim Parit Tidak Akan Menangis Kelaparan’ menjadi azimat bagi sebuah NGO di sini keluar masuk kampung bagi membantu penduduk yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kalimah itu menjadi ‘tag line’ Pertubuhan Kebajikan Penduduk Mukim Parit Pasir Tumboh menyediakan barangan dapur untuk ahli, keluarga dan warga Mukim Parit yang kesempitan.

Advertisement

Setiausahanya Tuan Mohd Nor Tuan Yahya berkata, NGO itu mengambil inisiatif mengumpul dana bagi membekalkan keperluan harian kepada penduduk yang terjejas.

Katanya sehingga sekarang agihan barangan dapur diadakan dua siri di mana pusingan pertama melibatkan seramai 70 penerima.

“Siri kedua pula kaedah penyampaian kupon. Alhamdulillah sokongan ahli, masyarakat dan tokoh korporat membolehkan kami menyalurkan sumbangan kepada orang ramai,” katanya di sini.

Kata beliau juga sumbangan turut diagih kepada masyarakat luar mukim termasuk Mukim Gutong.

Menurutnya juga NGO itu masih membuka Tabung Covid-19 bagi membolehkan lebih banyak program kebajikan dilaksanakan sempena PKP sekarang.

Maklumat lanjut boleh menghubungi Tuan Mohd Nor di talian Whatsapp 017 765 3421.- HARAKAHDAILY 8/4/2020