COVID-19: Dr Noor Hisham buktikan pencapaian

Kritikan sumbang berbaur politik pro-DAP

DOKTOR swasta yang kutuk Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham itu sama ada tak cerdik atau ada motif politik. Kita pun kenal suara-suara sumbang dia yang memuja DAP dan anti kepada Umno-PAS dahulu.

Sebab hakikatnya:

(1) Kadar kesembuhan COVID-19 di Malaysia adalah 36.1 peratus. Lebih tinggi daripada peratusan global (21.3 peratus) dan negara-negara maju seperti USA (5.1 peratus), Perancis (17.4 peratus), Kanada (22.4 peratus) dan Jepun (14.6 peratus).

(2) Kadar ujian besar-besaran COVID-19 kita juga adalah antara yang tertinggi di dunia. Kita telah melaksanakan 55,556 ujian bersamaan nisbah 1690 pengujian bagi setiap sejuta penduduk.

Nisbah ini adalah lebih tinggi berbanding USA (490 ujian per juta), Jepun (370 pengujian per juta) dan negara-negara Serantau seperti Indonesia (50 per juta) dan Thailand (350 per juta).

(3) Kadar kematian di Malaysia berbanding kes positif adalah antara yang terendah di dunia. Malaysia mencatatkan 65 kematian setakat ini atau sekitar 1.57 peratus daripada keseluruhan kes.

Advertisement

Nisbah ini adalah lebih rendah berbanding purata global (5.76 peratus) serta negara-negara maju seperti USA (3.2 peratus), Jerman (1.84 peratus), UK (11.15 peratus), Jepun (2.18 peratus) dan Perancis (9.45 peratus).

(4) Tahap kesiap siagaan Malaysia dipuji WHO dan profesional seluruh dunia. Professor Jason Hassenstab daripada Universiti Washington mengatakan kaedah dan persediaan yang dibuat oleh Malaysia dalam mengekang wabak seharusnya dipelajari oleh Kerajaan Amerika Syarikat.

(5) Malaysia bukan sahaja berjaya mengurangkan peningkatan graf kes positif. Tetapi juga buat kali kedua hari ini berjaya mencatat jumlah kes kesembuhan yang lebih tinggi berbanding jumlah kes positif harian.

Ini bermakna kita bukan sekadar berjaya flatten the curve, tetapi InshaAllah berada pada kedudukan yang baik untuk menurunkan terus graf kes aktif dalam negara.

Steady Dr Noor Hisham. Tuan akan sentiasa mendapat sokongan penuh rakyat!

“Kita Akan Menang”

ABDUL RAHIM HILMI ZAKARIYA
Bukit Tunggal Kuala Terengganu – HARAKAHDAILY 9/4/2020

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.