Kerajaan-swasta ganding bahu atasi COVID-19

PUTRAJAYA: Usaha merawat pesakit Covid-19 dan mengelakkan jangkitan yang menjadi semakin meluas adalah tanggungjawab semua.

Advertisement

Menyedari tanggungjawab yang berat ditanggung kerajaan dan frontliners, beberapa syarikat telah menyampaikan bantuan dalam bentuk peralatan dan dana kepada kerajaan dalam satu majlis di Kementerian Kesihatan di sini sebentar tadi.

Majlis yang disempurnakan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba di Kementerian Kesihatan jam 1.45 petang tadi dihadiri pegawai-pegawai tinggi kementerian.

Antara syarikat yang telah menghulurkan bantuan adalah Cenviro Sdn Bhd, Unilever, FWD Takaful, Straits Scientific, Iplus Technologies, Petronas, GS Hotel, Asianmax, Pecca Leather, RedOne Network Sdn Bhd, Huawei Technologies (Malaysia) Sdn Bhd dan Coway.

Jumlah kesemua sumbangan yang diterima pihak kementerian adalah melebihi RM30 juta. – HARAKAHDAILY 9/3/2020