MB nafi jalan ke Kota Bharu ditutup

KOTA BHARU: Kerajaan negeri menafikan dakwaan mengenai penutupan jalan yang melibatkan hampir keseluruhan ke Bandar Kota Bharu pada jam 8 pagi hingga 1 tengahari hari ini berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Berita palsu itu ditular menggunakan akaun facebook palsu yang serupa milik Menteri Besar Kelantan.

Berikutan itu, dalam satu kenyataan Menteri Besar Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob meminta orang ramai tidak terpengaruh dengan penyebaran berita palsu yang boleh menimbulkan kekeliruan masyarakat.

Advertisement

Berita yang ditular semalam antara lain menyebut ‘Bandar Kota Bharu hanya boleh dimasuki 1 petang, tindakan tegas akan diambil sekiranya melanggar arahan.

Manakala Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) turut menafikan dakwaan yang menyebut jalan ke Bandar Kota Bharu ditutup jam 8 pagi sehingga 1 tengahari disebabkan Kota Bharu diisytihar zon merah.

Selain itu kementerian terbabit turut menafikan topeng muka mempunyai bahan kimia digunakan perompok berlagak menjadi wakil kerajaan tempatan bertindak setelah penghuni rumah yang mereka lawati pengsan.- HARAKAHDAILY 9/4/2020