Tolak ‘epidemik’ politik busuk, tidak matang

MERUJUK kepada Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), epidemik membawa maksud penyakit berjangkit yang mudah merebak dalam kalangan penduduk sesuatu kawasan pada waktu yang sama. 

Advertisement

Epidemik juga membawa maksud wabak yang menyerang sekumpulan manusia atau komuniti. Istilah ini dirasakan sesuai untuk pengamal politik tidak matang, kerana politik dangkal sebenarnya merupakan wabak jiwa yang memusnahkan peradaban generasi dan komuniti dalam negara.

Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan (DPPN9) mendokong dan menyokong penuh usaha kerajaan dalam menangani wabak Covid19 yang bersifat pandemik, serta menyokong bentuk-bentuk bantuan yang telah diumumkan kerajaan Persekutuan. 

Perkhidmatan kerajaan telah diterima baik rakyat dengan 97 peratus setuju kerajaan bertindak sebagai kerajaan prihatin (mengikut pandangan ilmuan luar negara).

Bantuan-bantuan yang telah diumumkan kerajaan membantu rakyat khususnya B40. Malah dalam keadaan sekarang, kerajaan mampu menyalurkan bantuan khusus bukan saja pada B40, juga kepada M40, T20. 

Ia langsung terus membantu rakyat yang terkesan, secara menyeluruh di semua peringkat dan tiada terkecuali mendapat khidmat kerajaan prihatin.

DPPN9 menyuarakan rasa gusar, kerana masih terdapat golongan sibuk jahil mengajak masyarakat ke arah politik kejahilan dan berkepentingan. 

Situasi  kini sama ada kerajaan, frontliner, rakyat, bersengkang mata berhabis kudrat, berkorban patuh PKP demi kesihatan kesejahteraan dan keamanan, terus bersama membenteras covid19. 

Namun masih ada yang kekal dan cekal mengamal politik busuk, caci maki, dan kearah politik tidak sihat. Adakah golongan ini menghargai usaha kearah Malaysia sejahtera?

Berfokuslah sahut seruan kerajaan dan frontliner serta rakyatnya. Elak politik yang tidak membena, khususnya buat ahli politik muslim harus mengingati, kita dalam suasana apa sekali pun, tetap bertuhankan Allah. 

Amat dikesali ada dalam kalangan ahli politik parti pembangkang lupa akan adab, Akhlak, ilmu yang dipelajari serta ajaran islam, masih ingin berterusan hidup dalam permusuhan dan kejahilan.

Kerajaan mewujudkan pelbagai anisiatif untuk membantu rakyat, dari segi bantuan yang tidak putus-putus terus-menerus di umumkan. 

Namun pembangkang khususnya pemimpin PAN terus cuba mewujudkan politik  kebencian tanpa henti, cuba mencari walau sekelumit salah pentadbiran kerajaan untuk di hebah dan dicaci maki bagi tujuan laba politik.

Tidak sewajarnya waktu yang dikira darurat ini, ahli-ahli politik terus cuba mewujudkan suasana politik tegang mahupun politik kebencian, apatah lagi politik kotor dan busuk seolah satu wabak Epidemik kotor jiwa  melanda. 

Gencatan politik perlu disemboyankan oleh ketua-ketua politik dalam negara. Setakat ini seruan agar hentikan mainan politik dan gencatan politik telah di suarakan oleh pemimpin-pemimpin parti kerajaan. 

Diharap ia dapat disahut dengan baik oleh pihak parti-parti pembangkang.

Berjiwalah kita sebagaimana mereka yang berada di barisan hadapan, kerana ahli politik adalah sebahagian kepimpinan sama ada kerajaan, pemimpin parti, pemimpin masyarakat atau ahli bawahan, sewajarnya kita berpolitik matang dan sejahtera. 

Terutama dalam keadaan pandemik ini. marilah mengajak ummat taqarrub ilallah dan saling membantu, khususnya membantu kepimpinan negara dalam tangani wabak dan bantu pihak memerlukan, bukan mengajak ummah ke arah wabak endemik politik tidak matang, kebencian dan saling bermusuhan.

Sebagai rakyat malaysia, sudah pasti kita tidak menyangka ilmuan luar negara kagum dengan pentadbiran negara dan rakyat Malaysia, dan pendangannya itu dikongsikan buat warga negaranya. Antara yang disebut:

– “Malaysia itu ada satu komando, arahan itu dari satu, tidak berbagi-bagi kepada kuasa-kuasa jabatan daerah” . Ini menggambarkan tiada wujud gila kuasa untuk bersuara, dan mengutamakan yang berautoriti.

– “Kerajaan bijak mengawal rakyatnya. Tiada keadaan bingung(suasana Panik) hasil gaya pentadbiran kerajaan “. Ini menggambarkan selain kerajaan itu praktikal serta berfungsi baik, kesepaduan semua pihak diperlukan.

– ” Malaysia cukup bersedia, kebijakan atas perlaksanaan itu secara matang, walaupun perlu mengambil keputusan dalam keadaan drastik, namun terkawal. “. Menggambarkan apa yang dibangkang pihak Pembangkang adalah bersifat politik tidak matang.

– ” Empat kebijaksanaan kerajaan dinyatakan oleh ilmuan Indonesia berkenaan:

1) Satu komando dalam menyampaikan arahan dan maklumat, ia sangat efektif. Tiada berlaku percanggahan arahan atau percanggahan kenyataan rasmi antara kementerian.

2) Kerajaan jujur dan tiada yang terselindung. Berita berkaitan Covid19 dilapor dari masa ke semasa.

3) Jaminan kecukupan makanan dan barang asas oleh kerajaan. sehingga siswa yang stayAtKampus juga diberikan makanan.

4) Pakej prihatin nasional BPN oleh kerajaan memberi jaminan kelestarian hidup masyarakat, merangkumi rakyat bawahan hingga atasan. Termasuk mereka yang bekeluarga atau bujang, juga  moritarium selama 6 bulan dengan penangguhan pinjaman kereta, perumahan dan lainnya. “

Semua gambaran ini menjelaskan bahawa kerajaan telah berbuat Sehabis baik. 

Penolakan terhadap kerajaan, berpolitik dalam suasana pandemik, mengajak rakyat memusuhi kerajaan, menanamkan kebencian dan permusuhan sesama warga Malaysia, tidak mengajak masyarakat beramal baik sebaliknya ke arah negatif, adalah tindakan-tindakan jahil dan terdesak walau anda berada di pihak mana sekali pun.

Sewaktu masyarakat dan pimpinan dunia luar memandang Malaysia sebuah negara berwibawa dalam menangani Pandemik Covid19, serta menyerlahkan Rakyatnya dan kepimpinan yang hebat, bertoleransi, saling menghargai, bertolong-tolongan, beretika, sopan, patuh arahan, dan bijak pandai serta lainnya, janganlah pula dibiarkan agar dunia luar memandang ada ahli politik pembangkang sahaja sebaliknya . Biarlah dunia memandang keseluruhan warga Malaysia itu terbaik.


” Islam memimpin perpaduan “
MUMTAZ BASHA HARUN
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan- HARAKAHDAILY 9/4/2020