MalaysiaKini ada ‘ayah’ yang sangat tebal poketnya

malaysiakini

“IF YOU can’t fight them join them”

Selain politik, media adalah dunia saya. Kenapa kita perlu perkasakan dunia media. Jawapannya tertulis di atas. Kita tak akan mampu untuk nak boikot mana-mana media kerana sekarang maklumat di hujung jari. Tambahan pula sekarang bukan zamannya untuk kita buat demonstrasi bakar surat khabar dan yang sewaktu dengannya.

Bergiat dalam lapangan media membolehkan saya mendapat maklumat hal sepak terajang dunia media dengan agak luas. Kita tahu kos operasi media sangat tinggi. Kita tahu siapa funder MalaysiaKini dan apa agenda setting yang telah diberikan tugasan oleh funder tersebut untuk dijayakan oleh MalaysiaKini. Sepatah nasihat saya, hati-hati dengan MalaysiaKini!

Advertisement

Memang kita tak boleh nak boikot media seperti MalaysiaKini kerana mereka tak mengharapkan jumlah rating pembaca dan sumber pengiklanan untuk terus survive. Mereka ada ayah yang sangat tebal poketnya.

Di sini kita perlu kematangan dalam membaca dan menilai fakta. Dalam masa yang sama, media kita perlu diperkasakan supaya rakyat ada alternatif untuk membandingkan fakta atas sesuatu isu.

Media perlu smart, cepat, berfakta, bahasa mudah, bertanggungjawab dan berkualiti. Kalau pegawai media masih ambil gambar guna handphone, itu tanda media tak dianggap agenda penting oleh seorang pemimpin.

DR AZMAN IBRAHIM
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat
12 April 2020 – HARAKAHDAILY 12/4/2020