Usaha PM tangani Covid-19 diyakini rakyat

ALOR SETAR: Langkah Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menangani wabak Covid-19 dianggap berjaya sehingga diyakini rakyat Malaysia.

Pesuruhjaya PAS Kedah, Ustaz Ahmad Yahaya berkata, kebijaksaan itu bukan sahaja dapat menghilangkan kegusaran dalam kalangan rakyat malah dapat menerimanya dengan tenang dan berlapang dada.

Advertisement

“Bagaimanapun pengumuman lanjutan tempoh PKP kepada 28 April sedikit sebanyak menimbulkan kegusaran rakyat memandangkan Ramadan akan menjelma beberapa hari sahaja lagi.

“Namun atas kebijaksaan perdana menteri menyampaikannya dengan cara yang berhemah seolah-olah seperti seorang ayah menasihatkan anaknya, maka ia dapat diterima apatah lagi ucapannya juga menarik,” katanya di sini.

Menurutnya juga kewibawaan Muhyiddin melaksanakan tanggungjawab termasuk mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi membantu rakyat yang meliputi semua golongan bagi menangani pandemik Covid-19.

Kata beliau bantuan tersebut menyebabkan rakyat tidak panik dan patuh arahan kerajaan.- HARAKAHDAILY 12/4/2020