Covid-19: Setiap MP diperuntuk RM100,000

Dato' Takiyuddin Hassan menyampaikan sumbangan kepada 10 penarik beca di perkarangan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kota Bharu, di sini semalam.

KOTA BHARU: Kerajaan Perikatan Nasional (PN) memperuntukan sebanyak RM100,000 kepada setiap Ahli Parlimen (MP) bagi membantu rakyat yang terjejas ketika Covid-19 sekarang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato’ Takiyuddin Hassan berkata, peruntukan itu bagi fasa pertama melibatkan semua ahli parlimen.

Advertisement

Katanya kerajaan PN membenarkan setiap ahli Parlimen membelanjakan sehingga RM400,000 bagi membantu rakyat yang menghadapi kesukaran.

“Sumbangan juga akan diagihkan pada bulan Ramadan dan menjelang Syawal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan kepada 10 penarik beca di perkarangan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kota Bharu, di sini semalam.

Penarik beca terbabit antara 1,000 penerima dari tiga DUN di parlimen berkenaan yang dibantu kerajaan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (KP) fasa kedua.- HARAKAHDAILY 13/4/2020