Doa ketika ditimpa kesusahan dan penyakit

penyakit

ISLAM sebagai sebuah agama yang lengkap dan sempurna sentiasa memberi panduan dan penyelesaian di dalam segenap aspek kehidupan kita.

Tidak terkecuali daripadanya adalah didikan Baginda S.A.W berkaitan kaedah dan teknik untuk berinteraksi dengan cabaran kesukaran hidup dan penyakit.

Advertisement

Dalam konteks ini, salah satu daripada kaedah yang dianjurkan Islam adalah dengan memperbanyakkan doa yang biasa dibacakan oleh Nabi Muhammad S.A.W ketika diuji dengan kesukaran hidup dan wabak penyakit:

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ الْعَظِيمُ الْحَلِيمُ، لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ، لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ السَّمَوَاتِ، وَرَبُّ الْأَرْضِ، وَرَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيمِ

“Tiada Tuhan yang layak disembah selain Allah yang Maha Agung lagi Maha Penyayang, Tiada Tuhan yang layak disembah selain Allah pemilik ‘arasy yang Agung, Tiada Tuhan yang layak disembah selain Allah pencipta bumi, pemilik ‘arasy yang mulia.”

Justeru, saya menyeru agar kita semua:

(1) Selain daripada berikhtiar untuk mengeluarkan diri daripada masalah hidup dan wabak penyakit secara Sunnatullah, kita turut berdoa dan berzikir agar dipermudahkan segala urusan kita.

(2) Memulakan doa-doa yang kita pohon dengan membaca doa ini terlebih dahulu sebagai pembukaan sebagaimana yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad S.A.W.

(3) Memanjatkan doa dengan menyebut nama-nama Allah S.W.T seperti Hadis ini sebagaimana firmanNya di dalam Surah Al-Isra’, Ayat 110:

قُلِ ٱدۡعُوا۟ ٱللَّهَ أَوِ ٱدۡعُوا۟ ٱلرَّحۡمَـٰنَۖ أَیࣰّا مَّا تَدۡعُوا۟ فَلَهُ ٱلۡأَسۡمَاۤءُ ٱلۡحُسۡنَىٰۚ

“Katakanlah (Wahai Muhammad): Serulah nama Allah atau nama Ar-Rahman, yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka) kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia… “

Semoga Allah S.W.T mengangkat ujian yang sedang melanda seluruh umat manusia ini dengan segala keagungan dan kekuasaanNya; dan mudah-mudahan digantikanNya dengan sesuatu yang lebih baik untuk kita semua.

“Stay At Home”
“Inspirasi Dhuha”
“Ballighna Ramadhan”

YB USTAZ AHMAD MARZUK SHAARY
Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) – HARAKAHDAILY 13/4/2020