Dr Dzul, belajarlah dari keangkuhan Singapura

SAYA terkejut bila hari ini Dr Dzul dilaporkan berkata Kerajaan patut buat ujian antibodi COVID-19 (serological test) besar-besaran supaya ekonomi boleh dihidupkan semula dan lebih ramai yang boleh bekerja (The Sun Daily telah mengubah laporan. Sila rujuk nota di bawah)[1].

Dr Dzul, nasihat saya belajarlah daripada keangkuhan Singapura. Ketika kita mula melakukan PKP, Singapura negara terawal mengkritik kita. Kita dituduh ekstrem, tindakan tidak kompeten, merosakkan ekonomi dua negara dan bermacam lagi [2].

Ya. Mereka ada fasiliti kesihatan bertaraf dunia. Rakyat mereka paling berdisiplin dan paling patuh arahan. Ujian besar-besaran dibuat kerana mereka yakin simptom awal dapat dikesan.

Advertisement

Mereka melakukan 72,680 pengujian setakat 7 April 2020. Atau nisbah 12,250 pengujian per sejuta penduduk – antara tertinggi di dunia. Malah nisbah ini sebenarnya lebih tinggi daripada Korea Selatan (9,100 ujian per sejuta penduduk).

Tetapi Singapura silap. Mereka gagal mengambil kira faktor luar jangka. Contohnya 88 peratus pesakit COVID-19 sebenarnya tiada simptom atau mempunyai simptom minimum. Tetapi masih mempunyai potensi menyebarkan virus kepada orang lain.

Singapura rebah. Kes positif tiada tanda turun. Kadar kesembuhan mereka adalah 23.7 peratus, lebih rendah daripada kita yang mencatat 44 peratus. Akhirnya Singapura terpaksa mengalah dan mengisytiharkan lockdown (mereka panggil Circuit Breaker) bermula 7 April.

Tetapi sudah terlambat. Kes mereka menjadi tidak terkawal. Pada 9 April mereka menerima 287 kes positif – lebih tinggi daripada kadar harian paling buruk negara kita.

Singapura menyesal. Lawrence Wong, Menteri Pembangunan Negara mereka mengatakan, “Jika saya tahu virus ini boleh merebak dengan cepat, saya akan melakukan tindakan yang berbeza (daripada sebelum ini iaitu ujian besar-besaran dan amalan social distancing sahaja)”.

Bahayanya Singapura sehinggakan BBC sendiri memberi amaran bahawa dunia hari ini sepatutnya mula bimbang dengan trend yang sedang berlaku di negara tersebut. [3]

Jauh berbeza dengan Malaysia. Bukan sahaja PKP yang dijalankan telah berjaya mengurangkan kes-kes aktif malahan usaha dan inisiatif terutama oleh pasukan Menteri ‘air masak’ Dr Adham Baba telah berjaya memastikan negara kita bersedia untuk pandemik yang lebih serius

Dengan kurang daripada 2,500 kes aktif hari ini, kita masih jauh daripada kapasiti maksimum 7,000 pesakit yang boleh dirawat di pusat-pusat kesihatan negara.

Pengujian kes kita juga semakin lama menunjukkan angka yang memberangsangkan. Kerjasama daripada Kementerian Pengajian Tinggi Menteri ‘Tik Tok’ dan MOSTI pada akhir Mac membolehkan 10 makmal tambahan digunakan bagi pengujian pada skala yang lebih besar. [4]

Ia akhirnya menyumbang kepada peningkatan pengujian harian daripada 5,341 pada 29 Mac kepada 12,138 pengujian pada 7 April. Itulah jasa air suam dan Tik Tok Dr Dzul.

Ingatlah. Jangan dipandang sangat kehebatan negara luar. Kerana kadang-kadang yang memukau itu cumalah kosmetik yang meliar. Banggalah dengan negaramu sendiri. Yakinlah dengan bakat tanah air mu ini. Percayalah dengan kesabaran setiap rakyat yang senyum menanti.

Hanya dengan itu perang ini akan kita menangi

“Kita Akan Menang”

ABDUL RAHIM HILMI ZAKARIYA
Bukit Tunggal Kuala Terengganu

Rujukan:

[1] https://www.thesundaily.my/local/focus-on-mass-testing-instead-of-mco-dzulkefly-HM2248669

[2] https://m.facebook.com/100007423144773/posts/2636549346602478

[3] https://www.bbc.com/news/amp/world-asia-52232147

[4] https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/03/560058/tambah-makmal-ujian-covid-19-metrotv

Nota: The Sun Daily telah menarik semula laporan mereka tetapi beberapa laman masih menggunakan laporan yang sama seperti The Rakyat Post:
https://www.therakyatpost.com/2020/04/11/dr-dzul-suggests-mass-testing-for-covid-19-antibodies-to-gradually-restart-the-economy/

Sumber asal laporan adalah daripada TMI (laman web mesra PH).
https://www.themalaysianinsight.com/s/236635

Oleh itu saya telah mengubah perenggan pertama di atas. – HARAKAHDAILY 13/4/2020

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.