Kak Lah: Sebagai wakil rakyat, isteri, ibu dan anak

SIAPA yang tidak kenal, pahlawan sulung Muslimat PAS di Dewan Rakyat yang lantang suaranya, YB Dato’ Hajah Siti Zailah Mohd Yusoff atau panggilan mesranya dengan Kak Lah, sebenarnya adalah Ahli Parlimen PAS yang paling senior. Beliau adalah antara dua orang wanita PAS Kelantan yang dianugerahkan Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) di atas sumbangan politik, dakwah dan tarbiyah di Kelantan.

Kak Lah, 56 tahun, telah menjadi pemimpin rakyat selama 6 tahun sebagai Ahli Dewan Negara dan 12 tahun di Dewan Rakyat mewakili Rantau Panjang sehingga sekarang. 18 tahun bukanlah satu tempoh yang pendek bagi Ahli Parlimen pembangkang.

Advertisement

Di sini, saya senaraikan pengalaman Kak Lah:

(i) Ahli Dewan Negara (Senator) (2000-2006).
(ii) Ahli Dewan Rakyat Parlimen Rantau Panjang PRU-12 (2008-2013).
(iii) Ahli Dewan Rakyat Parlimen Rantau Panjang PRU-13 (2013-2018).
(iv) Ahli Dewan Rakyat Parlimen Rantau Panjang PRU-14 (2018-sekarang).

Di samping itu, beliau konsisten memperjuangkan cadangan yang terbaik hak asasi wanita dan kebajikan masyarakat melibatkan isu pakaian pramugari, hak pekerja untuk menunaikan ibadat, hak penjawat awam dan badan beruniform. Hak wanita berkerjaya, solusi holistik isu perkahwinan anak-anak, Sister In Islam dan sekutunya, isu arak yang memabukkan sehingga menyebabkan kematian. Isu keselamatan sempadan melibatkan sempadan Rantau Panjang dan Golok, kedaulatan negara, isu umat Islam Antarabangsa dan sebagainya.

Walaupun Kak Lah tidak memegang jawatan di dalam Kerajaan Negeri Kelantan, peranannya cukup besar dalam pembangunan wanita khususnya dan isu-isu pembangunan negeri Kelantan, amnya. Sinergi di antara beliau dan kepimpinan wanita Kelantan sangat mengagumkan.

Siapa yang tidak kenal Rantau Panjang. Inilah antara kawasan yang paling teruk apabila Kelantan dilanda banjir. Walaupun Kak Lah sendiri tidak mempunyai kewangan yang cukup untuk membantu, namun ‘political will’ ingin membantu nasib rakyatnya terbukti dengan usahanya meminjam wang di atas namanya untuk membantu. Keluar sebelum subuh, balik lewat malam, begitulah jadual asasi Kak Lah sejak menjadi wakil rakyat hampir dua dekad.

Menjadi isteri kepada suami unggul, Tuan Mat Razali Muhamed dan ibu mithali kepada 12 orang anak sehingga ke peringkat pengajian tinggi, malah ke luar negara bukanlah satu perjalanan yang mudah. Kesibukan berkeluarga tidak menghalang beliau untuk turut membangunkan masyarakat, bahkan hari ini, ada anak beliau yang terinspirasi dan ingin menjejaki perjalanan kehidupan ibundanya.

Malah Kak Lah pernah menyebut kepada saya, beliau mahukan pilihan raya akan datang biarlah dengan wajah yang baharu, namun perancangan Allah mengatasi segalanya. Begitulah kepimpinan parti, apabila diarah, mereka bersiap siaga dan maju ke hadapan ibarat singa di padang pasir. Inilah Muslimat PAS, pagi maju ibarat singa, malam menunduk seperti rahib.

Hari ini, selain daripada menyandang jawatan sebagai Ahli Parlimen Rantau Panjang, beliau turut diamanahkan sebagai Pengerusi Lajnah Pekerja dan Kepenggunaan PAS Pusat dan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan; sebuah negeri yang dikatakan paling miskin di Malaysia namun, wanitanya lebih diperkasakan melalui polisi ‘Membangun Bersama Islam’.

Walaupun Kak Lah baharu sahaja dilantik sebagai Timbalan Menteri di peringkat Persekutuan, sebenarnya beliau sudah lama terlibat dengan Kerajaan Negeri Kelantan yang diperintah PAS. Oleh itu, suasana kerja di peringkat Kementerian tidaklah begitu mengejutkan, namun tidak dinafikan beban kerja semakin bertambah.

Berikut saya senarai secara ringkas pengalaman Kak Lah terlibat di dalam urusan Kerajaan Negeri Kelantan:

(1) Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan, Pegawai Dakwah Halaqat (1990-1997).
(2) Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan, Timbalan Pengelola Dakwah Halaqat Negeri (2007-2008).
(3) Ahli Jawatankuasa Teknikal Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) 2015 Negeri Kelantan.
(4) Ahli Jawatankuasa PEMANDU (Pusat Sehenti Maklumat Strategik Sosiol Ekonomi Negeri Kelantan.) Lantikan 2016 hingga sekarang.
(5) Ahli Lembaga Hakim Pelawat Penjara, Machang Kelantan, Lantikan oleh Kerajaan Negeri Kelantan.
(6) Ahli Lembaga Hakim Pelawat Pusat Tahanan Pendatang Tanpa Izin, DEPOT Tahanan PTI Tanah Merah, Kelantan.
(7) Ahli Jawatankuasa Penggubal Dasar Wanita Negeri Kelantan.
(8) Ahli Jawatankuasa Penggubal Dasar Kebajikan Negeri Kelantan.
(9) Ahli Jawatankuasa Penggubal Dasar Kanak-kanak Negeri Kelantan.
(10) Ahli Jawatankuasa Penggubal Dasar Pendidikan Az-Ziwaj Negeri Kelantan.
(11) Ahli Lembaga Pengarah Syarikat KELKOM Kelantan, (GLC Kerajaan Kelantan).
(12) Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Ladang Sungai Terah Sdn Berhad, (GLC Kerajaan Kelantan).
(13) Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Infra Quest Sdn Bhd.
(14) Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Malaysia.
(15) Ahli Ex-Offico Majlis Daerah Tanah Merah, (2000-2006).
(16) Ahli Ex-Offico Majlis Daerah Pasir Mas, (2008 hingga sekarang).
(17) Kolonel Kehormat Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Parlimen Rantau Panjang.
(18) Ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Tanah dan Jajahan Pasir Mas.
(19) Ahli Lembaga Hakim Pelawat Depot Tahanan Imigresen Tanah Merah, Depot Tahanan Pendatang Tanpa Izin.
(20) Ahli Jawatankuasa Pembangunan Masjid Keputraan Jubli Perak Sultan Ismail Petra (Masjid Beijing Rantau Panjang) Negeri Kelantan.

Selain itu juga, beliau merupakan:

(1) Ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Wanita Parlimen Negeri Kelantan.
(2) Ahli Jawatankuasa Penggubal Dasar Wanita Kelantan.
(3) Ahli Persatuan COCCUS Wanita Parlimen Malaysia dibawah naugan Parlimen, (2013 hingga sekarang).
(4) Ahli Persatuan PURNAMA (Persatuan isteri dan pengawai kanan Kerajaan Negeri Kelantan), (1990 hingga sekarang).
(5) Ahli Lembaga Penaung Sekolah Tahfiz Ar Riyad Gual Tinggi Rantau Panjang.
(6) Penaung Sekolah Tahfiz Lubok Jong.
(7) Penaung Persatuan Peniaga Pasar Besar Pasir Mas di Tasek Raja.
(8) Penaung Persatuan Pemandu Teksi atau Kereta Sewa Rantau Panjang.
(9) Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Banjir Parlimen Rantau Panjang.

Justeru, diharapkan agar para penjawat awam dan seluruh rakyat Malaysia dapat memberikan sepenuh kepercayaan kepada YB Dato’ sebagai Timbalan Menteri, Kementerian Wanita dan Keluarga. Dan marilah kita bersama-sama mendoakan dan mendukung perjalanan YB Dato’ Siti Zailah Yusof supaya kesejahteraan warga Malaysia tanpa mengira agama, kaum dan bangsa terjamin insya-Allah.

EMIR SULAYMAN – HARAKAHDAILY 14/4/2020