YB Khalil edar topeng muka untuk penduduk

LARUT: ADUN Kubu Gajah, Ustaz Khalil Yahaya sentiasa memberi perhatian kepada hal ehwal kehidupan dan keperluan penduduk lebih-lebih lagi kerana terjejas oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini.

Advertisement

Selain memastikan bekalan makanan kepada golongan memerlukan dipenuhi, beliau juga memahami tuntutan penduduk untuk keluar mendapatkan barangan tertentu atau mengadakan urusan yang mustahak.

Sehubungan itu, daripada sumbangan diperolehinya, Ustaz Khalil telah mengagihkan topeng muka (face mask) kepada setiap keluarga bersama Muslim Care di Pekan Ijok, Redang Panjang dan Jalan Baru, semalam.

Bersama edaran tersebut, beliau juga berkesempatan menasihati para penduduk untuk terus mematuhi arahan di bawah PKP agar jaminan keselamatan dari jangkitan wabak maut itu dapat dihindari sama sekali.

Ustaz Khalil dalam pada itu juga menyeru para dermawan untuk terus istiqamah menyalurkan sumbangan mereka yang turut boleh dibuat menerusi akaun Maybank 1580 5191 1775 bagi keperluan program akan datang. – HARAKAHDAILY 14/4/2020