COVID-19: 169 sembuh, 85 kes baharu

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan terdapat sebanyak 169 kes COVID-19 telah pulih dan dibenarkan discaj wad pada hari ini.

Advertisement

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Malaysia hari ini mencatatkan satu lagi kes kematian yang melibatkan COVID-19 yang menjadikan keseluruhan kes kematian sebanyak 83 kes kesemuanya.

Peratusan sembuh keseluruhan kes berkenaan sebanyak 52.2 peratus dengan jumlah keseluruhan adalah 2647 kes.

Manakala, terdapat sebanyak 85 kes baharu dan sebanyak 56 kes yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Beliau berkata demikian semasa sidang media di Kementerian Kesihatan Malaysia di sini sebentar tadi.

Beliau juga menyebut mengenai perkembangan terkini Kluster Sendayan dimana 39 kes positif (jumlah ini telah termasuk dalam jumlah keseluruhan kes baharu) dan 1 kematian. – HARAKAHDAILY 15/4/2020