Layakkah Ahli Parlimen sebagai Pengerusi GLC?

pengerusi

DI SEBALIK berdepan dengan wabak pandemik COVID-19 dan PKP, pengurusan pentadbiran negara perlu diteruskan bagi memacu pertumbuhan ekonomi dan kestabilan politik. Ini termasuklah pelantikan Pengerusi GLC di bawah Kerajaan yang baru. Isu yang sedang hangat diperbincangkan ialah layakkah Ahli Parlimen sebagai Pengerusi GLC?

GLC adalah ringkasan kepada Government Link Company. Sahlah halatujunya (direction) berteraskan kepada dasar Kerajaan dan berada di bawah pengawasan Menteri serta Kementerian terbabit. Ia diperkasakan lagi dengan pihak Pengurusan atau Pentadbiran GLC terbabit (Management Team) yang terdiri dari mereka yang amat mahir (subject matter expert). Maka tidak timbullah isu ketidakselarian dengan dasar dan objektif Kerajaan. Kalau tidak selari, ambillah tindakan berteraskan ketetapan Kementerian (consequence management).

Kerajaan Teknokrat yang dicadangkan oleh PAS ialah kepimpinan negara yang dipilih termasuklah GLC berpandukan kepada prinsip Ubudiyyah (keimanan dan ketakwaan kepada Allah), Mas’uliyyah (integriti) dan Itqan (kompetensi). Ia terzahir dengan prinsip Al-Qawiyy (kompeten) dan Al-Amin (berintegriti) yang dinyatakan oleh Allah di dalam al-Quran.

Advertisement

Neraca pertimbangan Al-Amin dalam sistem pengurusan negara ialah bebas daripada jenayah melalui rekod PDRM dan bersih dari rasuah melalui rekod SPRM.

Manakala bagi pertimbangan Al-Qawiyy ialah berpengalaman khususnya dalam bidang pengurusan (good governance) dan technical know-how pada GLC-GLC tertentu. Apatah lagi Ahli Parlimen yang pernah mempunyai pengalaman dalam menjadi Menteri, Timbalan Menteri, bekerjaya dalam bidang masing-masing ataupun menguruskan mana-mana GLC atau syarikat sebelum ini.

Ahli Parlimen menjadi Pengerusi GLC? Sila rujuk kepada point (6) dan (7). Anda boleh menjadi auditor. Rujuk rekod PDRM dan SPRM individu yang anda tidak bersetuju. Rujuk juga pengalaman kerjaya dan latarbelakang akademik mereka yang tulen. Selongkar resume ataupun curriculum vitae (CV) mereka. 

Kalau dapatan carian anda authentic, bolehlah share di medsoc. Berilah komen yang membina. Kalau anda menipu dan memfitnah, bersedialah untuk disaman di mahkamah dunia dan akhirat.

“Demi Islam”

“Untukmu Malaysia”

IR HAJI KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Ketua Pemuda PAS Malaysia – HARAKAHDAILY 15/4/2020

Penulis berpengalaman bekerja dalam syarikat korporat hampir 20 tahun dan menjadi BOD Member dalam 2 buah syarikat Bumiputra