Persidangan DUN Kedah berlangsung 25 minit

Persidangan DUN Kedah hanya berlangsung kira-kira 25 minit sahaja.

ALOR SETAR: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah hanya berlangsung kira-kira 25 minit sebagai memenuhi syarat, tanpa diadakan sebarang perbahasan.

Ketua Pembangkang Muhammad Sanusi Md Nor berkata, soal jawab ADUN akan dibawa ke persidangan DUN akan datang.

Advertisement

Katanya, buku ucapan perasmian Sultan Kedah juga dibekalkan kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk diteliti sebagai persediaan untuk persidangan selepas ini.

“Sidang ini perlu diadakan untuk mengelak implikasi pembubaran DUNsecara automatik sekiranya tidak dijalankan dalam tempoh enam bulan dari persidangan terakhir,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam Menteri Besar Dato’ Seri Mukhriz Mahathir memberitahu persidangan hari ini hanya dihadiri 36 ADUN, Speaker, Setiausah Dewan, Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri, Pengarah Jabatan Kesihatan dan Pemangku Pengarah Majlis Keselamatan Negeri (MKN) Kedah.- HARAKAHDAILY 16/4/2020