Covid-19: 135 pulih, 54 kes baharu

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa jumlah kes baru positif Covid-19 pada hari ini adalah seramai 54 orang, menjadikan Jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 5,305 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah pesakit yang telah sembuh dan discaj daripada wad adalah seramai 135 orang.

“Ini menjadikan jumlah kes pesakit yang telah sembuh dan discaj ialah 3,102 kes.

Advertisement

“Pesakit yang dirawat di Unit Rawatan Rawi (ICU) adalah seramai 49 orang dan 26 daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya pada sidang media hari ini.

Berikutan itu, mengambil kira 3,102 kes pulih termasuk 135 hari ini, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 2,115 kes.

Bagaimanapun, beliau turut memaklumkan bahawa terdapat pertambahan dua kes kematian, menjadikan keseluruhan kes kematian disebabkan Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 88 kes.

Menurutnya, kes kematian ke-87 adalah kes ke-2,657 merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 60 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi dan kencing manis.

“Beliau telah dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada 30 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 12 April 2020 jam 3.20 petang.

“Kes kematian ke-88 adalah kes ke-5,252 merupakan lelaki warganegara Myanmar berumur 36 tahun. Beliau telah dirawat di Hospital Selayang pada 17 April 2020 dan datang pada peringkat yang lewat dengan jangkitan paru- paru Severe Acute Respiratory Infection (SARI). Beliau disahkan meninggal dunia pada hari yang sama pada jam 10.00 pagi,” ujarnya.- HARAKAHDAILY 18/4/2020