‘Food faster’ tidak menang tangan

PASIR PUTEH: Golongan usahawan yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekarang hendaklah lebih kreatif bagi mencipta peluang pasca Covid-19.

Ketua Penerangan Assabiqun Kelantan Drs Zainuddin Awang Hamat berkata, usahawan boleh menjenamakan semula produk yang dihasilkan bagi menepati kehendak semasa.

Advertisement

Katanya, ketika PKP sekarang pemasaran lebih terarah kepada atas talian sehingga ‘food faster’ seperti tidak menang tangan lagi.

“Sekarang kita boleh lihat di atas jalan penunggang ‘Food Panda’, ‘Grad Food’ dan ‘food faster’ bebas memenuhi jalan raya terutamanya di kawasan bandar.

“Ini memperlihatkan pengeluaran makanan tidak terjejas dengan PKP sekarang. Jadi peluang usahawan untuk meneroka industri pengeluaran makanan terbuka luas,” katanya di sini.

Menurutnya juga ‘food faster’ yang diwujudkan Assabiqun dan Pekida Pasir Puteh sejak awal PKP masih mendapat sambutan sehingga sekarang.

Kata beliau lebih menarik lagi kaedah pemasaran itu muncul di mana-mana sahaja sekarang kerana orang ramai tidak boleh keluar ke bandar sesuka hati tanpa sebab.- HARAKAHDAILY 20/4/2020