Mengapa jangkitan COVID-19 kita tinggi?

JUSTERU tidak peka kebanyakan kita akan ancaman wabak Covid yang melanda China khususnya peserta ijtimak Tabligh di Seri Petaling menyebabkan jangkitan kita terperang sekali ganda dari Thailand dan melangit tingginya dibanding dengan negara ASEAN yang minoriti Islam.

Advertisement

Vietnam hingga sekarang 268 sahaja jangkitan. Sifar mati. Brunei, Kemboja, Myanmar,Timor Leste dan Laos masing-masing kurang dari 200.

Sekarang kita keempat teramai selepas Singapura, Indonesia dan Filipina. Dengan jangkitan kita sekarang meningkat 5,425 kita berjaya kurangkan pesakit baharu hingga kurang dari 100 sehari untuk beberapa hari.

Tetapi dengan mendadaknya jangkitan di Singapura beberapa hari ini dan demikian juga Indonesia dan Filipina, justeru kita berkongsi sempadan dengan mereka menyebabkan kita bimbang berlaku gelombang kedua.

Kita kurang bimbang dengan Thailand kerana ia lebih berjaya membendung jangkitan dan kematian dari kita.

Dengan kepekaan kerajaan dan orang ramai hari ini, semuanya takut mati, dipercayai wabak itu dapat dikawal, kecuali kita longgarkan PKP. Kerana rakyat semua takut mati, termasuk penyokong Tabligh, maka masing-masing menyokong langkah berkurung di rumah.

Kendatipun berkurang itu menjejaskan ekonomi, menyempitkan kehidupan semua, tetapi mereka boleh menyambung hidup. Hidup sempit kurang makan adalah lebih baik dari mati positif Covid.

Biar orang Amerika saja takut bangsat dan kurang makan, mereka membantah PKP, tetapi sedia mati. Mereka suka mati asal kaya, kita mengelak mati sekalipun hidup sempit dan susah. Agaknya Amerika suka ramai manusia mati di dunia.

Sekitar 100 tahun Amerika membunuh ramai orang di dunia atas nama peperangan, maka sekarang mereka memilih ramai mati bagi rakyat kerana dilanda Covid.

Orang Melayu termasuk orang Tabligh mulanya tidak sensitif ancaman Covid yang sudah membunuh ramai China. Ketika ada amaran Covid boleh membunuh semua manusia, Melayu Tabligh yang berhimpun di Seri Petaling tidak peka kerana mereka sihat belaka. Setelah bersurai tidak ramai yang menyaring kesihatannya.

Sebelum pulang mereka singgah di pengkalan Tabligh di merata tempat. Mereka tidak sedar antaranya sudah dihinggapi Covid. Pelajar tahfiz yang disinggahi mereka tidak nampak kuman Covid yang ada dalam badan mereka.

Kuman itu bukan memilih orang Melayu dan Tabligh saja. Ia sapu tidak kira Melayu, India, Kadazan dan lain-lain. Tetapi orang Malaysia yang sudah sensitif akan amaran wabak itu segera menyerah diri untuk disaring. Ada yang positif, maka mereka segera dirawat.

Akan tetapi orang Melayu khususnya Tabligh mengira mereka selamat dari wabak dengan meninggalkan Seri Petaling. Kuman itu menambah berat lagej mereka. Ia masuk menumpang dalam badan mereka.

Tidak perlu Covid dibawa ke Seri Petaling oleh sekalian peserta. Memadai hantu menenggek salah seorang yang ke situ. Maka mari dari seorang itu cukup merebakkannya kepada siapa sahaja yang berdekatan dengannya.

Kerana kebanyakannya tidak peka menyaring diri, dan mereka berpecah ke merata tempat. Ke mana sahaja yang datang dari Seri Petaling bergayutlah hantu itu. Orang yang ditumpangnya balik, ia kekal menjangkiti orang di situ.

Thailand cepat peka. Ia menyaring orang yang datang mendapatkan rawatan. Maka jangkitannya kurang dari Malaysia, Filipina sama naik dengan Malaysia. Tidak ramai orang Tabligh dari Vietnam dan Kamboja, tidak merebak itu di sana.

Sekarang Melayu termasuk tabligh sudah sedar. Tetapi antaranya sudah terkorban. Indonesia jangkit kemudian. Kerana orangnya ramai, banyak kuman terlepas. Kerana Tabligh pun tidak mahu mati, mereka memerangi saki baki Covid yang ada.